Friday, October 12, 2012

citer hari ini punyee

Pagi2 subuh datang kawan aku Kat nak menumpang sebab dia dh berapa hari tidur kat bilik Anis. Then Anis plak ada parents dia datang..aku macam biasalah, bg je tumpang sape2 nak dtg bilik aku. Orang kate kalu ada orang nak datang ke bilik atau rumah kita biasanye rezeki nak masuk....huhuuhu..

Aku pulak terpinga2 bangun buka pintu dan kami pun menyambung tidur. sama2 lawan sape paling lewat tidur. last2 aku mngalah bangun dan bersiap2 nk g fakulti. jam waktu tu dah pukul 11++ lebiih..huuhu..,lagipun dapat mesej dr kawan aku ni Tarmiza nak makan2 kat unikeb..huhuu ok je sebab ramai kawan2 nka berkumpul makan tengahari sama. kata nk jumpe 1240 thari

tunggu punye tunggu aku la orang paling awal sekali datang dan menepati waktu, kemudian datang Jei dengan kawannya Qila, seterusnya Tat, Kiki..tunggu punye tunggu masing2 dah lapar dan buat keputusan tak mahu tunggu Ayik, Sue dan K.Ida, sebab diorang lambat sangt.jadi kite p order dulu..Baru nk mengambil makann sejurus itu baru lah budak2 tiga orng ni nk sampai...oiyoooooooo...

Makan makan dan makan!!!! Semua abis dok licin kecuali syik..ishhhh geram orang tak abis makan ni.membazir yooo..masing2 pn minta izin nak balik sebab semua ada kerja masing2. kemudian tersempak dengan Along dan the geng duduk la teman diorang makan dan tumpang balik ke fakulti..mujur la aku tak bawa motor p makan...at least nk diet la katakan..

Balik ke fakulti masuk ke bilik aku dan bersiap sedia nk g kelas kp2...hahahahahha..aku mmg cadang nk kuar awal..amik attendent dan chow balik.. plan awal nk g swimming last2 hujan n ribut petir...so  cancelled...dah berapa kali cancel ni...huhuh..bila nak g swim ni...aiiyoooooo

terus ke bilik dan berehat dan sambung tido sebab hujan dan petir bersambung2...apa lagi konfirm la tidur la yang paling best waktu niiiiii.....

hari ni tak diner pun tp makan cornflakes dengan susu je...esok nak g arobik kat tasik chempaka then nk g kursus spss ke-3... dah semangat ni...hope berbaloi2 la ek...

mlm ni nk spend masa tgk movie....yeay...k bye semua. nnt tunggu saya update lagi yeee

Thursday, October 11, 2012

khamis punye hal 11.10.12

punye hati ni nak marah rupanye2 nak suruh aku lengkapkan semua surat nak diposkan, pastu nk cepat..aku time tu dah bengkek punye, lapor pun, nk marah2 lagi..ish last-last aku angkat kaki blah naik bus lagi bagus. sebelum itu g jalan2. punye nak redakan geram aku, aku perabis duit beli lipbalm dan masker. tgk2 duit cukup nak balik tambang.

bile dah tunggu kat bustop bapak lamanye bas aku ni. tetiba aku diapproach oeh sorang makcik tua. ntahla macam somthing wrong je. dia mintak kat aku 50 sen then tetibe minta rm1. aku ni mmg nak bagi. tp memikirkan lain macam mata dia dan cara di cakap aku perhatikan dia je.last2 dia kata nk g hentian kajang, aku cakaplah bus 66 tu la kat hentian kajang. dia keep asking me to give her some money. dia cakap dia datang dgn anak dia, pastuj dia cakap dia dtg dgn cucu dia..aku tnye dia duduk mana, dia cakap duduk kt umah anak, pastu dicover line cakap duduk umah anak sedara..lagila aku was2 nk melayan, then aku cabut dari situ. ak nk bagi je rm1 tapi kang macam2 plak aku fikir. bile aku dah lari dari situ, dia dah naik bus,pastu macam cakap2 dengan mak cik india perempuan.agaknya minta duit juga. dan citerkan yang sama berlaku.

aku bukan apa, bukan tak nak tolong, aku tak la berkira sangat nk bagi duit  rm1 kt dia. tp yg aku geram tang cakap tu. tu pantang la dan lagi satu aku tak suka diapproach  macam tu dan minta2 gtu.ak malas dok melayan kerenah makcik tu.. aku meyesal plak tak bagi at least aku sedekah je la kat dia.. dah lepas baru nak menyesal plak aku ni.ish ish..

so, hari memang aku diuji kan?kena bagi or tak perlu bagi?if aku bagi apa yang akan berlaku? akhirnya keputusan aku ambil adalah tak bagi apa2. tp td aku memang nk naik bus sama dia kiranye aku leh la belanja tiket rm1 je. aku tak berani nak bukak2 handbag tambah2 purse kat dpn public dah la area situ mcm2 mnusia yang ak tak kenal. mmg gtu cara aku takkan buka purse dpn2 orang..

dalam lingkungan 3.30pm bus yang aku dah tunggu barulah nk munculkan diri...fuhh lega. dalam hati aku bermonolog, "ni sempat ni nak ke kelas" cewahhh tibe2 dalam perjalanan tu fikir punye fikir aku ambil keputusan tak jadi la nk ke kelas, cuaca pun nk hujan dan mendung, aku cncel niat nk g kelas.hahahhaahhahaa setan kuat dari aku nampaknye.takpe2 aku g kelas hari jumaat plak..waaaarghhh...sebenornye kalas aku hari jumaat tp ak saje nk ke kelas hari khamis supaya esok aku leh relax2

tgk relax2 dah seminggu aku relax, dapat cuti, tp tak buat apa2 apa pun....membazirrkan masa je..tido tido sepuas-puasnya........

berbalik dari cite td.aku samapi ke kolej aku dan aku pun makan jajan dan togok air gas...haaaa punye nk marah,,dah la tak lunch pun td..air gas dan jajan je ( dried fish fillet)  menu lunch aku..sedih2 sedihhhhhhhhh sangat2 sebab tadi plan nak makan kat paparich...wuargggggggggh tade rezeki dibuatnye




Wednesday, October 10, 2012

alamat ppd pekan terbaru

PPD pekan peramu jaya 26600 pekan pahang
no tel:094264441
baru la dapat no telefon susah betul mengagau cari sejak tukar lokasi ni

Tuesday, October 9, 2012

ada wordpress?

http://pensilpengasahpemadam.wordpress.com

ni adalah link bagi blog wordpress aku..hehehe..

masih belum update apa-apa berita..nak cube try la. mana yang best blogger ke wordpress?

tapi bagi aku yang penting asalkan boleh tulis.

room warming


sebab baru pindah kat kolej baru ni..aku saje jela buat room warming dan ajak beberapa orang kawan-kawan, buat kecik-kecik. dlam 10 orang je la..
so menu utama adalah nasi ayam. nasi ayam ini aku suh anis masakkan, kemudian fana pun nak menyumbang untuk masak ayam madu ala-ala kat pizza then aku plak sponsor domino pizza..blh tahan jugak la harganya. tapi takpe niat aku nk belanja dan buat makan2. mujurlah kat bilik aku boleh masak-masak..sangat best..macam kat rumah.

gambar-gambar ini adalah menu yang sudah siap dimasak. terlupa kot nak snap gambar semasa proses masak memasak ini. gambar ni je yang sempat.
jom makan dlu sebelum kawan-kawan sampai.lewat sangat diorang ni datang. baik kami lunch dlu. hak hak

ni la hasilnya ayam madu dari fana. thx fana sebab buatkan khas untuk saya. sedap sangat tak yah la nk makan kat pizza dah. ni makan panas..memang terasa rempah2 nya

yeah nasi ayam dah masak.


\
bersama koleksi pizza yang dihantar oleh abang domino. thx to anis juga sebab guna akaun dia.
Taraaaaa dah siap dah..tunggu budak2 ni nak datang. lambat sangat la plak.....

belajar buat roti jala.. mari kita menjala sekejap

nak share resipi untuk buat roti jala.. tapi nak cari jap mana la nota yang tulis aritu... ok nanti update lagi ek... tunggu ye...senang je






aktiviti menjala  roti, memang kena lembutkan tangan2 yang kasar tu, bagi cantik bentuk roti jala.

resipi roti jala
Ikg tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar majerin
2 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu kecil garam
air 1 blender penuh
pewarna kuning


plan nak masak hari raya haji

aku ada macam-macam idea nak masak bile balik kampung nanti tapi ada 3 menu je yang menarik aku rasa nak buat

      Menu Pertama: Nasi Limau Purut
      Menu Kedua:    Daging Masak Halia
      Menu Ketiga: Lasagna* kiv dulu sebab mahal sangat barang nak guna- maybe kena gantikan dengan
                         roti jala je la..sebab itu hari dah belajar dengan kak wani masa duduk umah sue dulu.





so aku pun jenguk resepi dari kak ana ni kat blog dia dari cerita kawan aku kiki.. memang best dan sempoi je akak ni..anda semua boleh jenguk juga macam2 resipi kat blog ni. Klik la kat sini http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com



Aku pun nanti nak balik kampung aku nak buat macam dalam blog ini,.....tak sabar

bakyah nanti nak buat daging blackpaper dan ayam sarawak ke apa...apa2 pun seisi masak memasak

dinner hari ini

sedeyy je kan kalu tengok dinner makan roti je..
entah la kebelakangan dah lama tak makan nasi.malas nak masak dan makan je apa yang ada dalam bilik.kuang2x

Tapi memang sedap juga, roti+cheesedale+sos cili+ timun. Ini je idea terlintas dalam fikiran. Taraaaaaaa dah siap senang dan simple. Resipi roti ini untuk yang nak cepat dan malas seperti aku...hahahah..

Tak menahan mminum vitagen tu, cilok kat dalam peti, tinggal satu je dari banyak-banyak aku beli..
Pikir esok pulak nak makan apa? susah jugak tade kawan nak teman makan. Si P* saya takde plak beberapa hari ini, biasanya dia teman nak makan. Hari ini pagi je kol saya tak aci betul la....malam tade..rindu woo  kat dia....so hari ini memang bosan je..

rindu kat blog saya..cerita BBQ Party style persian

hai semua,dah lama saya tak update blog ni.
ok minggu ini saya ada masa maklumlah dah dapat cuti seminggu.best-best banyak
saya nak kongsi aktiviti sepanjang cuti ini..memang relax je tapi sempat menjenguk resipi-resipi
kat internet dan singgah di blog sorang akak ini dia memang sepenuhmasa housewife.
semalam ada aktiviti bbq persian style di kolej.mulanya tak mau join sebab nak balik rumah, tp fikir-fikir balik dah bayar, terpaksa la join leh jugak kenal ramai kawan baru. Best sangat banyak dapat kenal budaya dan tempat lain seperti iran, pakistan. ada pelajar antarabangsa yang turut present tentang negara masing-masing. so happy..Saksikanlah gambar-gambar dibawah ini.. i'm so enjoy wtih them.
bersama sebahagian pelajar antarabangsa dari iran iaitu Maryam dan S* tak ingat nama dia...

  •   

 bersama kawan sebelah bilik Zuhree, Phd student from iran,She's so nice to me.Siap bertukar2 makanan lagi.
 Haah, inilah makanan yang kami makan hasil masakan dari pelajar antarabangsa yang incharge malam ni.

 Tengok semua kyusuk mendengar presentasi tentang negara masing-masing. Best sangat, banyak pemandang yang cantik, tengok keseniaan negara masing yang haluus dan tak lupa juga lagu-lagu negara  masing berkumandang di telinga.memang enjoy.sebab inilah pertama kali terlibat dengan aktiviti macam ini dengan pelajar antarabangsa. macam saya pula duduk di luar negara.


bersama dengan Maadu kawan phd. Maadu berasal dari India. Kami dikatakan sama muka, ada sama ke? Adala sikit2, hehhehe...tak sangka berjumpa lagi. P/s : malam itu ramai yang memuji dress pakai cantik..bangga sekejap..hehehhe