Saturday, September 25, 2010

memory begins...

motivated ourselves......

mOTIVASi sejenak…
“apabila seseorang telah belajar memerintah dirinya sendiri, maka tidak sukar baginya memerintah orang lain, tapi bagaimana seseorang akan mampu memerintah orang lain, seandainya ia tidak pernah mampu memerintah dirinya sendiri”
Secret Recipe
Rahsia kejayaan ialah keputusan yang betul. Keputusan yang betul pula datang dari pengalaman. Pengalaman yang diperolehi adalah dari keputusan yang salah. Tetapi sebenarnya dalam kehidupan ini tiada keputusan yang salah dan betul. Cuma yang membezakannya ialah apa yang kita perolehi daripada pengalaman itu. Keputusan yang salah tetap betul, jika kita belakar sesuatu darinya.
“ biarlah gagal, tetapi jangan sesekali menyerah kalah kerana orang yang gagal akan berjaya sebaliknya orang yang menyerah kalah tidak akan berjaya. Tiada manusia dilahirkan hebat melainkan dia belajar dan perbaiki diri untuk menjadi hebat.”
Jadi tidak mungkin kita dapat sesuatu yang berbeza jika kita teruskan buat sesuatu yang sama. YOUR LIFE IS OUTINE, YOUR LIFE IS BORING. Jika kita inginkan perubahan, jadikanlah perubahan itu yang anda inginkan.
That is the secret recipe of life begins…

penciptaan ADAM

ADAM DIARAK MALAIKAT 100 TAHUN.
Pada suatu ketika Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam. Tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitahkan pula malaikat Israfil tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah “ Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaska mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau berundur. Katakana kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku. Apabila izrail ke bumi dan menyampai perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman “ Ya Izrail pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah dan kelak-Ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman “ Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang akan mengaturnyaa dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit.
Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
2. Tanah bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Khautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempatnya akal.
2. Tenlinganya dari tanah Bukit Thursina kerana ia alat pendengar dan tempat menerima nasihat
3. Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ temoat sujud kepada Allah
4. Mukanya dari tanah Aden kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan
5. Matanya dari tanah telaga Al-Khautsar tempat menarik perhatian
6. Giginya dari tanah Al-Khautsar tempat manis
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
8. Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak
9. Perutnya dari tanah Babylon, di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan
12. Hatinya dari tanah syurga firdaus kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan
13. Lidahnya dari tanah Tha’if tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya?
Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir,angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam sifat
Lalu tubuh Adam itu digengam dengan gengaman Jabarut kemudian diletakkan di dalam Alam Malakut
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan Barul Uluhiyah.
Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air Kudral Izzah-Nya iaitu sifat Jalan dan Jammal. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
Demikian pula roh, ketika itu diperintahkan masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat, ketika Adam masih di syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.
Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kuku adalah sama iaitu putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada Sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. Tujuh liang di kepala iaitu dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung, dan satu mulut manakala yang dua liang dibawah adalah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan lima pancaindera
1. Mata alat penglihatn
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin, masam dan sebagainya
5. Anggota tubuh lain seperti kulit, telapak tangan untuk merasa halus , kasar dan sebagainya.
Selpas roh masuk ke dalam tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengmbil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah member kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Selepas meresap ke kepala Adam maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matnya seketika itu matannya terus terbuka melihat dan melirik ke kanan dank e kiri. Dan juga melihat ke bawah dimana bahagian badannya masih adalah tanah keras.
Ketika itu, Adam mendengar malaikat mengucap tasbihdengaan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah mengajarnya mengucap kalimah Alhamdulillah. Itulah kalimah Adam yang pertama kepada Allah. Lalu Allah berkata “ Yakhamullah” yang bererti semoga engkau diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu, jika orang bersin menjadi ikutan sunat untuk mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat untuk mengucapkan Yakhamullah.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun, padahal bahagian badannya ke bawah masih menjaadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yng suka tergesa-gesa sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.
Maka ketika roh tiba di perutnya terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar. Maka seketika itu ia terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah, daging daan tulang, urat-urat berkulit dengan sempurna kian lama kian bagus dan halus.
Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru maka dialah adalah jenis manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hingga ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan..SUBHANALLAH…

keegoanmu keegoanku

EGO..
Setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan sesekali mengeluh kerana ia akan menghilangkan kekuatan dan buangkanlah ego kerana ia adalah beban.
Beralih daripada perkara keburukkan kepada kebaikan merupakan satu perjuangan yang sukar tetapi didalamnya terdapat satu kelegaan dan kepuasan
Janganlah kita persiakan usia dengan dendam,
hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam
muka. Sebaliknya penuhkan harimu dengan perkara
yang bermanfaat. Percayalah, aura senyuman mampu
meruntuhkan egomu.

Jika kita sedar tentang kesalahan sendiri,
Akuilah ia dan belajar dari kesilapan itu
Usah sesekali menunding jari kearah orang
Lain sebaliknya lihatlah sedalam-dalamnya
pada diri sendiri dan galilah akarnya….