Wednesday, March 23, 2011

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU

Doakan ini diberikan oleh Dr. Fazilah Kamsah masa Program Motivasi bagi pelajar Akademi Menara Gading yang merupakan program yang melibatkan pelajar SPM yang diadakan di FSSK, UKM di dewan kuliah 3f302. post ini just nak sharing dengan semua yang membaca blog the future lies ahead of you..sebab ini adalah 1st program yang aku dapat jumpe Dr. F.K ni.siap bergambar dan mintak autograf..ok la..beliau sporting habis.

Kelebihan doa ini adalah untuk membuka segala pintu termasuk rezeki, keselamatan, jodoh,ilmu,keberkatan,kesihatan,kasih sayang, kebaikan, keampuanan, syurga..sesuai untuk diamalkan selepas bangun tidur dan dibaca setiap hari..smua doa terhimpun dalam doa dua belas pintu ini.mmg sesuai diamalkan tak kira pringkat umur.
moga doa kita diterima oleh Nya.InshaAllah..selamat beramal semua..

ALL ABOUT FOOODDDDD







Garam Bukit HPA

Garam Bukit HPA (keluaran Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna. Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja.

Chip Buah-buahan

Chip buah-buahan, Pineapple Chips dan Apple Chips. Produk ini telah dilancarkan pada 16 Mei 2010 semasa Kuliah Perubatan Jawi di Hotel De’Palma, Ampang beserta 4 produk baru yang lain iaitu CD Profil HPA, Biskut Coklat Chip, Biskut Suji Badam dan Seri Kaya Perisa Pandan oleh Pengarah Urusan HPA

Kicap Lemak Manis & Masin

lebih sedap daripada produk lain..cuba rasa ye..ada dalam dua botol..botol plastik dan botol kaca. rasailah kelainannya

Cuka Nipah

Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu/senduk (ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral, (1 :3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1.

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis dan untuk diet. InsyaAllah.

Sardin

Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.

Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

Ais krim Toyyiba

ada perisa jagung, keladi, vanila, roselle, kopi radix


Sos Cili Roselle

Satu lagi produk bermutu keluaran HPA berasaskan roselle. Ia menjadi produk keempat untuk sos selepas sos cili, thai dan tomato. Khasiat roselle sangat banyak antaranya ialah mengandungi vitamin C 20 kali ganda daripada limau. Keterangan khasiat produk ini boleh dilihat pada produk berasaskan roselle yang lain seperti Roselle kapsul, Kordial Roselle dan Teh Roselle.

Tepung Herba RFC

tepung ni boleh digoreng dengan ayam organik..buat macam ayam RFC tepung ini berasaskn herba terpilih.so kita dah ada choice la nak buat ayam goreng RFC kat umah selain pergi kat restoren RFC yang sebenarnya.

Tepung gandum HPA pun ada dijual juga.tekstur yang halus dan lembut serta lebih tahan lama kerana terdiri daripada gandum yang berkualiti diimport dari Iran

Fish Ball HPA

segala fish ada..fish ball, fish kek pun ada. tok sah risau..nugget ikan pun ada rasa dia macam keropok tp nugget..sedap giler

Beras Perang Organik

beras pun ada.uniknya produk ini ia tidak meningkatkankan glukos dengan mendadak, khasiat beras perang sangat nyata terutama pada pesakit kencing manis k. Sesuatu yang menarik ialah beras perang juga bersifat diuretik yang akan bertindak membersihkan buah pinggang dan ia sesuai untuk gaut, batu karang, UTI, demam, makanan untuk orang sakit dan lain-lain lagi.

Biskut Radix

Diadun bersama tepung gandum, lelemak sayuran, gula, marjerin dan tepung jagung. Sesuai dibawa bersendirian atau bersama keluarga dimana dan pada bila-bila masa. Radix Cookies seberat 210 gram ini dibungkus dan terdapat di dalamnya dua keping dalam setiap balutan amat sesuai dibawa ke mana jua terutama bagi perjalanan jauh tanpa perlu risau ianya mudah rosak atau tercemar. Sangat sesuai bagi seisi keluarga dan boleh dimakan bersama Kopi Radix.

Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.

Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:

· Makanan terbaik bagi orang yang sihat

· Makanan pilihan bagi orang yang sakit

· Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan

· Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot

· Pemberi tenaga segera

· Baik untuk ibu lepas bersalin

Kismis Minda

kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

1. Melindungi hati.

2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

3. Melawaskan pembuangan air besar.

4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).

6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Minuman Bijirin Radix

Kandungan Utama: 1. Gula Perang 2. Oat Segera 3. Garam Bukit 4. Kacang Soya 5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) 6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla) 7. Halban (Vitex Pubescen) 8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca) 9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica) 10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners) 11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

Khasiat:
1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
2. Membekalkan tenaga dengan segera.
3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:
1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa

Madu Bersarang (Honey comb)

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:

1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.

2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.

3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.

4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.

5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.

6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.

7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:

· Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.

· Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

Koko Minda

Produk minuman baru berasaskan koko yang dihasilkan oleh pihak Melaka Halal Food dan diedarkan oleh HPA.

Selain serbuk koko, bahan-bahan lain adalah terdiri daripada gula perang, krimer tanpa tenusu, ekstrak herba pilihan Ginkgo Biloba, kurma, madu, buah tin dan kismis.

Antara khasiatnya ialah sebagai sumber tenaga segera, merangsang perkembangan otak dan amat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah mahupun yang belajar di IPT.

more about HPA





sekarang ni ada dah macam2 produk baru melibatkan makanan seperti
aiskrim,sate burger,ayam organik,sosej,nugget dll.
dah lama aku tak balik nak makan semua makanan di atas ni
sekarang ni dah bukak dah radix cafe, RFC,pizza Radix..mmg best..sedap
kena la sokong produk mknn org tempatan lagi2 orang islam yang kita tahu produk ini mmg dijaga dari proses mula hingga akhir..dimana pekerja2 berwuduk sebelum memulakn kerja, then ada kuliah subuh dan tazkirah kepada pekerja2..hebatkan..jadi apa tunggu lagi pergi la kat stokis terdekat..mskipun banyak barang yang nak kadangg2 tade..so kena la rajin g tgk.sebab stok selalu terhangat di pasaran..sampai org berebut2 nak.

aku siap buat stok kopi radix kat bilik ni..2 papan lagi..hahaha.baik punyer.
bile balik rumah seronok la..macam2 boleh cuba.produk baru semua dah rasa.hahah.sonok2..mmg best giler

yang aku tahu RFC akan dibuka kt kuantan tak lama lagi..huhu..tak sabar nk terjah..tp cwangan belah2 utara dan selatan dan pantai timur dah ada antaranya di RFC Ipoh adalah restoran yang ke-10 yang telah dibuka setakat ini. Restoran-restoran RFC di tempat lain adalah di:
-Sungai Petani, Kedah
-Laguna Merbok, Kedah
-Alor Setar, Kedah
-Kluang, Johor
-Ayer Keroh, Melaka
-Kubang Kerian, Kelantan
-Kangar, Perlis
-Jitra, Kedah
-Kuala Terengganu, Terengganu

banyak sangat produk2 yang baru dikeluarkan..macam-macam ada..pilih2 je..
kalu korunk nak order pun boleh..habaq je kat ceq na..dialu2kan..thru email: nhab_2407@yahoo.com..

majlis kahwin

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru
**************************************
lagu ni ditujukan kepada kawan-kawan aku yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini..

satu demi satu kawan-kawan aku dah berumah tangga..ada yang beranak pinak sampai 3 orang anak da..aku plak bila lagi..huuhu
terasa dah tua pulak..umur baru je 24 tahun masuk tahun ini.sekejap nyer rasa..
dalam facebook..jeles la tgk semua gambar kahwin je..musim kawin je la thun ni..
dan hakikatnya dah tade kawan dah nak lepak2 sama..hanya tinggal untuk lepak2 lepas ini hanya berapa kerat je yang bujang..semua dah kawin dan ada komitmen masing2..tak suka tak suka...sedih nak berpisah gn kawan2 aku yang best....tp apalah daya...sudah nasib..
pejam celik diorang dah kawin dan ada suami ada anak sendiri, ada mertua, ipar duai..
alahai..bila la nk merasai macam diorang..bestnye kan..
dah la aku takde anak sedara pun..nak maanje2 pun tade..huhu.harapkann cousin aku n anak sepupu aku je..bosan kot jadi org dewasa ini..
bestkan kalu dapat diputar masa jadi budak2 kecik..bertukar~!!mintk gadget dari doraemon mintak balik ke masa lampau la.keluarkan lampu ajaib..taraaaaaaaaaaa..yes dah jadi budak dah..haahha..mana mungkin la nk jadi kecik balik..hanye kenang balik kenangan manis n pahit masa kecik2,,belek2 gambar lama,ketawa sensorang..huhu..tu yang termampu..
kalu tetibe aku buat gaya budak kecik,,tak ke org kata aku ni dah buang tebiat ker..
so cara lepaskan rindu nak jadik budak kecik.aku berkawan gn dak2 kecik,..lebih2 lagi dak2 darjah satu, dua dan kebawah..terutama sepupu2 aku la jadi mangsa merawat kerinduaan aku nk jaddi budak kecik
Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have; you’ll never, ever have enough. Ya Allah i'm so grateful with what i have now