Gagal adalah satu situasi berkait dengan sikap kita. Kita akan menjadi lebih gagal jika kita tidak merubah diri supaya menjadi berani bangkit, kemudian cemerlang lalu berjaya.
Orang yang hanya membuat apa yang disuruh ibarat pahat dengan penukul. Dia tak akan membuat sesuatu tanpa disuruh, diberitahu terlebih dahulu.
Dia sebenarnya kurang ada inisiatif dan tak ada idea untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Jika dia tidak tekad berubah, sudah tentu dia akan terus menjadi salah satu daripada 2 orang yang paling gagal.
“Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha”. - Jack Canfield.
Kata-kata itu bukan kata-kata motivasi kosong, tetapi dibuktikan sendiri oleh Jack Canfield. Tahukah Anda, sebeleum menjadi terkenal, Jack pernah menulis sebuah buku pembangunan diri dengan tajuk “Success Principles”. Namun, buku tulisannya itu masih kurang mendapat sambutan.
Oleh kerana berdepan dengan pelbagai cabaran, dia menangguhkan usaha untuk menulis satu lagi buku selepas Success Principles. Tetapi, masih kurang pasti apakah tajuk yang sesuai untuk menjadikannya buku ‘best seller’. Matlamat untuk menerbitkan buku tersebut terpaksa ditangguhkan lagi.
Fikir punya fikir, ketika berbual-bual di satu petang bersama dengan kawan baiknya, timbul idea untuk mereka menjadi penulis bersama. Dari perbualan santai, terhasil tajuk “Chicken Soup For The Soul”.
Tajuk itu pernah diketawakan hanya kerana perkataan “Chicken Soup” yang bermaksud sup ayam. Lucu bunyinya.
Usaha yang dulu ditangguh sementara kini diteruskan semula. Apabila edisi pertama buku itu terbit, ia mencapai jumlah jualan melebihi sejuta naskah dan masih lagi diulang cetak berkali-kali sehingga ke hari ini untuk edaran ke seluruh dunia.
Apabila menerima cek pertama hasil royalti buku “chiken Soup For The Soul”, Jack dan kawan baiknya menerima bayaran royalti bertulis angka 1 dengan diikuti 6 digit kosong dibelakangnya. Angka itu adalah satu juta US Dollar.
Serapkan kata-kata motivasi kali ni dalam ingatkan Anda. Cabaran memang membuat kita menangguh usaha, tapi tak akan pernah merubah matlamat kita melainkan kita sendiri merubah matlamat tersebut.
No comments:
Post a Comment