Tuesday, November 4, 2008

rahsia diri melalui darah


DARAH O

~Individu yang memiliki darah ini dikategorikan sebagai individu yang setia dan sentiasa yakin terhadap kebolehan diri dan keupayaannya.
~individu jenis ini bersifat ingin menjadi ketua dalam apa jua perkara terutama dalam kerja berkumpulan...
~oleh itu kamu perlulah bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai tekanan

DARAH A

~keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.
~gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja kumpulan dan berpersatuan
~kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling kamu dan ternyata mereka sangat menyenangi kamu terutama semasa bekerjasama dengan kamu.
~sikap sensitif dan sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu melambangkan kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
~kamu ini degil dan kuat bekerja sehingga mengendahkan waktu berehat..kamu perlu la menjaga kesihatan kamu..


DARAH B

~sempoi! itulah ungkapan sesuai untuk kamu.
~lebih selesa dengan kesederhanaan
~dalam perhubungan kamu adalah individu yang jujur dan suka berterus terang dalam apa jua perkara
~dalam tugasan yang diberikan kamu selesa menyelesaikan mengikut cara kamu sendiri
~kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, kamu mampu meletakkan diri kamu dalam apa jua situasi da dalam keompok apa pun
~kamu adalah individu yang bijak bersosial namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak memerlukan bantuan orang mampu mendatangkan masalah kepada kamu sendiri serta memperlihatkan kelemahan kamu
~kamu harus ingat semua perkara tidak semestinya dapat oleh diuruskan kamu seorang tanpa bantuan orang lain.

DARAH AB

~tenang dan bijak mengawal emosi adalah jelas terpancar pada individu yang memiliki darah jenis ini
~kamu sentiasa menghormati orang lain dan menjadikan individu yg berada di sekeliling kamu senang berdamapingan dengan kamu
~kammu juga memiliki sifat humor yang semula jadi dan kamu bersifat ceria serta menghiburkan
~ada sesuatu yang kamu perlu ubah dalam diri kamu, iaitu kamu kenalah belajar untuk berani dalam membuat keputusan kamu sendiri. jangan harapkan orang lain membuat keputusan untuk kamu.

No comments: