Wednesday, January 14, 2009

Bush ibarat lembu ditarik hidung!!!


Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mendakwa keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu dibuat setelah beliau ‘bercakap’ dengan Presiden George W. Bush.

Menurut Olmert, AS pada mulanya akan mengundi menyokong resolusi itu. Berikut adalah kenyataan Olmert seperti dipetik dalam laporan berita AFP hari ini.

- Olmert minta petugas menelefon Bush, namun mereka menyatakan Bush sedang berucap di Philadelphia.

- Olmert tegaskan bahawa beliau tetap mahu bercakap juga dengan Bush. Presiden AS itu kemudian turun dari podium dan bercakap dengannya.

AS pada mulanya akan mengundi resolusi untuk gencatan senjata di Genting Gaza tetapi tiba-tiba berubah selepas Bush bercakap dengan Perdana Menteri Israel.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

No comments: