wah besonye motor...ak bawa
my group kat kg selomak
with mak angkat dan siblings angkat
masa kat rumah undang...
rajinnyer ak..lap pinggan dan teko
masa dengar forum adat, sompat lagi pose
Friday, January 23, 2009
SINOPSIS KEMBARA SERI PERPATIH
KEMBARA SERI PERPATIH II DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA
Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS), Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan sebuah program iaitu Kembara Seri Perpatih II, bermula pada 27 Januari sehingga 1 Februari 2009.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar mengenai adat perpatih dan memberi mereka peluang untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat yang hidup dengan mengamalkan adat tersebut.
Adat Perpatih adalah satu sistem matrilineal yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat yang berhijrah ke Negeri Sembilan. Masyarakatnya terdiri daripada 12 suku dan mengamalkan 2 konsep iaitu pertama, konsep muafakat dan kedua, konsep menyeraya, berkerjasama dan gotong-royong.
Seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UKM dan universiti-universiti lain akan mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama 6 hari 5 malam ini.
Sebanyak 13 kawasan-kawasan menarik yang akan dilawati oleh para peserta. Antaranya ialah Laman Bangkinang, Istana Seri Menanti, Balai Undang Luak Jelebu, kampong-kampung seperti Kg. Selemak, Kg. Petasseh, Kg. Bemban dan pelbagai lagi.
Melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini seperti Adat Bokodin, Eksplorasi Budaya, Forum Perdana Hal Ehwal Adat, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana, Program Mengoca, Istiadat Tuo Suku Menyerahkan Buapak kepada Lembaga dan sebagainya, para peserta akan mendapat satu pengalaman yang tidak mampu didapati di tempat lain selain di Negeri Sembilan.
Selain berbakti kepada penduduk kampong, para peserta juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan penduduk kampong melalui aktiviti seperti gotong-royong dan Demonstrasi Masakan Tradisional Negeri Sembilan dalam Acara Nikah Kahwin. KEMBARA SERI PERPATIH II DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA
Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS), Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan sebuah program iaitu Kembara Seri Perpatih II, bermula pada 27 Januari sehingga 1 Februari 2009.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar mengenai adat perpatih dan memberi mereka peluang untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat yang hidup dengan mengamalkan adat tersebut.
Adat Perpatih adalah satu sistem matrilineal yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat yang berhijrah ke Negeri Sembilan. Masyarakatnya terdiri daripada 12 suku dan mengamalkan 2 konsep iaitu pertama, konsep muafakat dan kedua, konsep menyeraya, berkerjasama dan gotong-royong.
Seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UKM dan universiti-universiti lain akan mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama 6 hari 5 malam ini.
Sebanyak 13 kawasan-kawasan menarik yang akan dilawati oleh para peserta. Antaranya ialah Laman Bangkinang, Istana Seri Menanti, Balai Undang Luak Jelebu, kampong-kampung seperti Kg. Selemak, Kg. Petasseh, Kg. Bemban dan pelbagai lagi.
Melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini seperti Adat Bokodin, Eksplorasi Budaya, Forum Perdana Hal Ehwal Adat, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana, Program Mengoca, Istiadat Tuo Suku Menyerahkan Buapak kepada Lembaga dan sebagainya, para peserta akan mendapat satu pengalaman yang tidak mampu didapati di tempat lain selain di Negeri Sembilan.
Selain berbakti kepada penduduk kampong, para peserta juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan penduduk kampong melalui aktiviti seperti gotong-royong dan Demonstrasi Masakan Tradisional Negeri Sembilan dalam Acara Nikah Kahwin.
No comments:
Post a Comment