Saturday, April 28, 2012
di suatu petang di tasik cempaka
last-last berjaya pujuk dan dukung balqis
balqis sangat edorable
aku dah gemuk
semakin menjadi perhatian dan usikan kawan-kawan aku , pensyarah2 aku pun comment makin kembang..
pls la..malu la aku..asik jalan setapak sikit semua tegur..malu malu sangat aku dibuatnya
badan aku makin naik..dan hasrat aku untuk capai kilo yang aku target dah berjaya hari ini...best2...
semua baju kena tukar wlaupun aku sayang sangat baju aku yang lama...
tapi aku bahagia macam ni..sonok tp yang tak ok..aku dah suka bermalas-malasan..
nasihat aku pada diri aku
"hana setiap pagi buat seat up dan jogging"..wah susah tu mau nk selalu tergendala...
kenangan membawa kesedihan
aku tak sangka kehidupan aku berubah begini sejak balik bercuti.
tapi yang penting mak dan ayah adalah insan yang aku sayang.
aku rindu keluarga, adik-adikku.
esok kak ina akan balik kampung..rindunyer adik-adik semua...
apa kabar mereka semua..yang aku paling rindu adik wa...
miss her so much..
lama tak riuh2 dalam blog aku ini..lama sudah tak update.
tak tahu ada orang baca and jadi follower ak.
kalu tak de pun tak pe..aku jadikan blog untuk luahan perasaan aku je.biarlah aku perasaan sorang-sorang.
ada kisah???
Saturday, January 28, 2012
KISAH PENENTANGAN DOL SAID
Dengarlah kami persembahkan
Peristiwa tentangan pemimpin
Dol Said mulakan tentangan pertama
Menentang British menjajah Naning
Dol Said ingkari arahan British
Menghantar ufti ke negeri Melaka
Yang lemah menjadi mangsa korban
British menghantar tentera
Menakluk Naning sebagai balasan
Dol Said menentang balas
Bantuan ketenteraan bersiap siaga
Pembesar-besar memberi bantuan
Akhirnya British jatuh mengalah
Taboh selamat dari ditawan
Maruah tergadai oleh janji-janji
Nyawa dan darah silih berganti
Yang lemah menyujud bumi
British bangun menakluk Naning
Sekali dan kini British berjaya
Dol Said tidak dibantu lagi
Tewas menyerah tiada upaya
Ke negeri Melaka dibawa bersama
Lagu Wirawati Negara ( Lagu Rasmi Khidmat Negara)
Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran
Bergerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan
Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita Yang Kaya
Bersama Bergandingan
Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia
Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Arah, Satu Jiwa
Satu Bangsa Malaysia
Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kita Sahut Cabaran
Bergerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan
Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandingan
Berkhidmat Untuk Negara
Malaysia
Marble cheese brownies
a) Bahan choco cake
b) 250gm butter cup
c) 1 cawan serbuk koko
d) 3 biji telur gred B
e) 1 ½ cawan gula kastor
f) ½ cawan susu air
g) 1 ½ cawan tepung gandum
h) 1 sdt baking powder
i) 1 sdt soda bikarbonat
j) 1 sdt esen vanilla
Lapisan cheese
- 250 gm cream cheese
- 1 cawan gula castor
- 1 biji telur gred B
Cara-cara dan langkah-langkah
1. Cairkan butter-masukkan serbuk koko dan kacau rata
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur sebiji dan gula sampai sebati
3. Campurkan dengan bancuhan butter tadi, kacau sampai sebati
4. Masukkan susu cair, kacau lagi
5. Masuk tepung,BP/Sodium Bikarbonat ( ayak dulu).kacau sebati dan masukkan esen vanilla
6. Panaskan oven 175 darjah celcius
7. Alas Loyang dengan gris paper (paper apa-apa pun)
8. Masukkan bancuhan coklat dalam Loyang. Tinggalkan 2-3 sudu dan masukkan plastic (untuk corak)
9. Bakar 20 minit guna api bawah dan atas
Ssmentara tunggu bahan choco masak
1. Pukul cream cheese hingga gebu
2. Masukkan gula, pukul hingga sebati
3. Masukkan 1 biji telur, pukul sebati
4. Lepas 20 minit keluarkan choco tadi separuh masak
5. Tuang bahan cheese-ratakan
6. Paipkan baki choco atas cheese dan lorekkan bentuk yang dikehendaki
7. Bakar dalam 8 minit lagi- bagi cheee sampai masak


