Thursday, November 20, 2008

RESIPI Puding Gula Hangus..ma fav..yummyyies!!!

Salam kembali.....

Kini kita masuk ke alam masakan...alam rumah tangga ni...hehehe...

Perempuan kena rajin masak yer =p

Ni ada resepi puding gula hangus yang kawan kita nak share...

TQ kepada adik Azian...=)

Nampak cam sedap je...jom nak kita cuba...



BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN A.

4 Biji Telur Ayam

1 tin susu cair

2 sudu tepung kastard

½ cawan gula

2 sudu air limau.


BAHAN B.

1 cawan gula.

sedikit air.


HIASAN.

kismis


CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan BAHAN A ke dalam blander dan kisar hingga kembang.

2. Masak 1 cawan gula sehingga cair dan berwarna keperang-perangan dengan api yang sederhana. Selepas itu, masukkan sedikit air.

3. Kemudian masukkan gula yang telah di cair tadi kedalam bekas pembakar seperti loyang atau mangkuk yang tahan panas.

4. Taburkan kismis.

5. Masukkan BAHAN A yang telah dikisar tadi kedalam bekas pembakar yang telah di isi dengan gula dan kismis tadi.

6. Kemudian bolehlah dikukus selama 45minit sehingga masak atau di bakar.

7. Bagi yang memilih untuk membakar didalam oven, suhu adalah dalam 175

darjah celcius. Bekas pembakar perlulah di rendam dalam bekas yang berisi air.


CADANGAN HIDANGAN:

Sejukkan didalam peti sejuk dan hidangkan bersama koktel.


CADANGAN HIDANGAN:

Sejukkan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama koktel.


SELAMAT MENCUBA =)


teka-teki imam ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

''sampaikanlah walau satu ayat'

w.a.n.i.t.a useless....b'coz

Thursday, 13 November 2008

Wanita Memang TAK GUNA

"Wanita Memang TAK GUNA" - dah lama rasanya tak mengepost artikel kat blog nie. Panas juga telinga bila baca tajuk artikel nie...

Semoga bermanfaat untuk semua....kalau dah pernah baca pun,xsalah baca sekali lagi.Sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua, biasalah sebagai manusia biasa,kadang-kadang kita lupa or buat-buat lupa..opss!!

artikel nie dipetik dr website ILUVISLAM
~selamat membaca~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


  1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

  1. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

  1. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

  1. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

  1. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

  1. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

  1. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

  1. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

  1. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Semoga kita tergolong antara wanita islam & muslimah yang B E R G U N A

ramalan moles..

Bahagian Badan
bibir atas kanan --- banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri --- ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan --- disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri --- pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan --- cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri --- cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah --- tercapai cita-cita
biji mata kanan ---s uka serong dan pembohong
biji mata kiri --- pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan --- baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri --- baik budi, murah rezeki
punggung kanan --- agak mengalami kesulitan
punggung kiri --- malas dan suka duduk
betis kanan --- suka berhibur, boros
betis kiri --- rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan --- bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri --- kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan --- terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri --- sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang --- jujur, sabar dan tekun
kening kanan --- cerdas dan cekap

kening kiri --- cerdas, sopan santun
tengah kening --- keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan --- kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri --- suka berpoya-poya
ketiak kanan --- dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri --- jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan --- suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri --- kehendak kuat
batang hidung --- banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung --- banyak rezeki
dagu bawah kanan --- jujur dan baik hati
dagu bawah kiri --- bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri --- baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) --- bakal beristeri 2
tumit kanan --- jujur dan banyak kawan
tumit kiri --- baik budi
alis kanan --- suka menolong, baik hati
alis kiri --- ramai yang suka
pangkal peha kanan --- kemahuan kuat
pangkal peha kiri --- suka kerja apa pun
telapak kaki kanan --- tak mudah mengeluh
jari kaki kanan --- suka menolong
jari kaki kiri --- berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan --- cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri --- suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan --- baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri --- ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan --- setia dan taat pada atasan
lengan kiri --- menepati janji dan rajin
pipi kanan --- ramai teman
tengah-tengah pipi kanan --- ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri --- ramai teman
ubun-ubun --- kurang jujur
pusat --- cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan --- sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri --- beroleh kemliaan
pinggang kanan --- sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri --- disayang pasangan hidup
dada kanan --- dapat mengatasi masalah
dada kiri --- berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan --- tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri --- baik budi pekertinya
siku tangan kanan --- kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri --- baik hati, suka menolong
jari tangan kanan --- serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri --- serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan --- banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri --- banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan --- banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri --- baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam --- disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam --- tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar --- baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri --- murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan --- serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas --- baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas --- baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah --- agak malas
kelopak mata kiri bawah --- agak bodoh, kurang bijaksana

Wednesday, November 12, 2008

top up tangki motivasi

Apa khabar motivasi kita? Baik? Atau kurang baik?

Sepatutnya kita menilai, mengontrol tahap motivasi kita dari semasa ke semasa. Walaupun kekadang stress, tertekan kemudian berdepan situasi mencabar, kita perlu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.

Kita perlu selalu check tangki motivasi kita supaya sentiasa ada isinya. Kita kurang bersemangat sebab kurang momentum. Momentum pula akan terhasil secara automatik tatkala kita melakukan sesuatu.

Sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak laju. Begitu juga manusia, memerlukan motivasi supaya sentiasa ada pecutan laju bergerak menuju ke matlamatnya. Kurang motivasi , kurang lajulah ia.

Bagaimana nak check macam mana motivasi kita? Mulakan dengan..

1. Kawal emosi dan percakapan
Kata orang putih, live your life conciously. Kita sedar 100% apa yang kita ucap, cakap, fikir buat. Maksudnya, sebelum buat, fikir dulu, elak main terjah saja. Setiap perbuatan ada kesannya.

2. Perhati perbuatan kita
Selalu buat baik, sesiapa saja akan buat baik pada kita. Walaupun kekadang ia tak menjadi, tapi biasanya, yang baik akan sentiasa menang sebab ia berlaku dengan izin Allah swt.

3. Perhati fikiran kita
Kita sendiri yang meracuni fikiran kita dengan kata-kata nista, kebencian, kecemburuan dan ketidakpuashatian pada orang lain. Jadi, untuk memastikan diri kita ada motivasi tahap tinggi, sentiasa kawal apa yang ada di fikiran,

kemudian berjaga-jaga, mana tahu di dalam fikiran kita muncul fikiran-fikiran negatif, yang buruk pasal diri sendiri atau pasal orang lain.

4. Minta orang lain nilai diri kita.
Bila kita nilai diri sendiri, kekadang kita jadi syok sendiri, merasa diri dah cukup baik padahal pada pandangan orang lain, masih belum berapa baik. Sebenarnya, untuk kita tanya diri kita cemana, cara yang paling baik adalah dengan meminta orang lain nilai diri kita, kritik diri kita.

Pilih untuk jadi orang yang sentiasa ada motivasi .

motivasi

“Ada 2 orang yang paling gagal dalam hidup. Orang yang tak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.”

Gagal adalah satu situasi berkait dengan sikap kita. Kita akan menjadi lebih gagal jika kita tidak merubah diri supaya menjadi berani bangkit, kemudian cemerlang lalu berjaya.

Orang yang hanya membuat apa yang disuruh ibarat pahat dengan penukul. Dia tak akan membuat sesuatu tanpa disuruh, diberitahu terlebih dahulu.

Dia sebenarnya kurang ada inisiatif dan tak ada idea untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Jika dia tidak tekad berubah, sudah tentu dia akan terus menjadi salah satu daripada 2 orang yang paling gagal.

“Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha”. - Jack Canfield.

Kata-kata itu bukan kata-kata motivasi kosong, tetapi dibuktikan sendiri oleh Jack Canfield. Tahukah Anda, sebeleum menjadi terkenal, Jack pernah menulis sebuah buku pembangunan diri dengan tajuk “Success Principles”. Namun, buku tulisannya itu masih kurang mendapat sambutan.

Oleh kerana berdepan dengan pelbagai cabaran, dia menangguhkan usaha untuk menulis satu lagi buku selepas Success Principles. Tetapi, masih kurang pasti apakah tajuk yang sesuai untuk menjadikannya buku ‘best seller’. Matlamat untuk menerbitkan buku tersebut terpaksa ditangguhkan lagi.

Fikir punya fikir, ketika berbual-bual di satu petang bersama dengan kawan baiknya, timbul idea untuk mereka menjadi penulis bersama. Dari perbualan santai, terhasil tajuk “Chicken Soup For The Soul”.

Tajuk itu pernah diketawakan hanya kerana perkataan “Chicken Soup” yang bermaksud sup ayam. Lucu bunyinya.

Usaha yang dulu ditangguh sementara kini diteruskan semula. Apabila edisi pertama buku itu terbit, ia mencapai jumlah jualan melebihi sejuta naskah dan masih lagi diulang cetak berkali-kali sehingga ke hari ini untuk edaran ke seluruh dunia.

Apabila menerima cek pertama hasil royalti buku “chiken Soup For The Soul”, Jack dan kawan baiknya menerima bayaran royalti bertulis angka 1 dengan diikuti 6 digit kosong dibelakangnya. Angka itu adalah satu juta US Dollar.

Serapkan kata-kata motivasi kali ni dalam ingatkan Anda. Cabaran memang membuat kita menangguh usaha, tapi tak akan pernah merubah matlamat kita melainkan kita sendiri merubah matlamat tersebut.

Tuesday, November 11, 2008

Tembok Berlin



MAJORITI remaja di Jerman tidak tahu siapa yang membina Tembok Berlin.

SEMBILAN belas tahun selepas kejatuhan Tembok Berlin, bayangan sejarahnya semakin pudar dalam kalangan remaja di Jerman. Malah, ramai di antara mereka tidak tahu siapa membinanya.

Tembok itu dibina oleh bekas kerajaan komunis Jerman Timur pada tahun 1961. Kejatuhannya pada 9 November 1989 sekali gus membuka jalan untuk penyatuan dua negara Jerman setahun kemudian.

Tetapi hari ini, golongan muda di sana menunjukkan minat yang sedikit untuk memahami sejarah Jerman Timur, menyebabkan ahli politik bimbang tentang risiko kehilangan memori yang dikemukakan untuk proses demokrasi.

"Dari tahun ke tahun, German Democratic Republic (GDR) yang dikenali sebagai komunis Jerman Timur menjadi lebih popular. Ramai kini mengingatinya sebagai negara yang beradab di mana ia penuh dengan pekerjaan," menurut laporan yang dipetik dari akhbar Berliner Kurier baru-baru ini.

"Imej Jerman Timur semakin dilupakan. Terdapat kurang sentuhan kepentingan terhadap peranan yang dimainkan oleh SED (Parti Komunis) atau Stasi (polis rahsia)," kata pakar sains politik, Uwe Hillmer.

"Lebih ramai orang berfikir bahawa Jerman Timur sebagai bukan negara demokrasi mahupun diktator," tambahnya.

Tetapi hakikatnya, sebahagian bekas ahli politik Jerman Timur berpeluang melakukan comeback (kemunculan semula) dengan ramai di antara mereka menyertai parti berhaluan kiri, Die Linke.


RUNTUHNYA Tembok Berlin pada 9 November 1989 membuka jalan untuk penyatuan dua negara Jerman setahun kemudian.


Secara tidak langsung, ia menjadikannya sukar untuk mengakses atau mengetahui sejarah Jerman Timur dengan cara objektif.

Untuk badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara arkib Stasi, Jerman telah memindahkan kepercayaan pada tahun 1990-an bahawa 'tidak semua teruk di Jerman Timur' kepada persoalan 'apa yang sebenarnya amat teruk'?

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini oleh Berlin Free University (FU) turut menjelaskan bagaimana generasi muda tahu mengenai bekas rejim komunis, yang ditubuhkan di timur Jerman oleh rampasan paksaan Soviet selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut tinjauan tersebut, sesetengah daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun di timur Jerman, tidak berfikir bahawa GDR adalah kepimpinan diktator. Di barat Jerman pula, anggarannya ialah satu daripada tiga.

Manakala setengah daripada 5,200 kanak-kanak yang mengundi berfikir Stasi dengan mudah menyediakan agensi perisikan biasa dan merupakan mereka yang menghabiskan banyak masa dan usaha mengintip rakyat di rumah.

Malah, tinjauan menunjukkan majoriti pelajar sekolah di Jerman tidak mengetahui bila atau siapa yang membina Tembok Jerman sepanjang 155 kilometer daripada konkrit teguh dan kawat berduri yang merupakan sebahagian 'Tabir Besi' yang menjadi pemisah antara timur dan barat negara itu selama lebih 40 tahun.

Hanya satu daripada tiga penduduk yang menetap di timur mengetahui ia dibina oleh kerajaan GDR sementara yang lain berfikir, ia dibina sama ada oleh Jerman Barat atau sekutunya dari Barat.

Di samping itu, golongan muda juga mempunyai pengetahuan politik yang bercampur-campur dengan suku daripadanya mempercayai bahawa bekas Canselor Jerman Barat, Willy Brandt dikenali kerana polisinya terhadap hubungan ketegangan dengan Timur dan merupakan pemimpin komunis Jerman timur. Malah, berdasarkan tinjauan lain, sebahagiannya berfikir Adolf Hitler mengetuai Jerman Timur.

Mengajar sejarah Jerman moden adalah satu cabaran, terutamanya di wilayah timur Jerman apabila ia bermaksud untuk membincangkan peranan yang dimainkan oleh bekas kerajaan komunis, menurut Hillmer.

"Di beberapa sekolah, sesetengah guru masih berdebat bahawa kepimpinan GDR tidaklah semuanya teruk," ujar Hillmer.

Berdasarkan tinjauan FU, kanak-kanak di selatan Jerman, Bavaria tahu lebih banyak mengenai sejarah Jerman Timur berbanding mereka yang tinggal di negara itu sendiri.

Menurut Hillmer lagi, bukan hanya kanak-kanak yang keliru tetapi orang dewasa juga mempunyai masalah untuk menghargai sejarah lampau.

"Ini kerana sebahagian penduduk kini mempunyai pekerjaan dan rumah sekali gus mahu melupakan aspek kepimpinan diktator parti tersebut."

Kurator muzium GDR, Stefan Wolle menganggap semua itu memeranjatkan seperti mana mereka yang tinggal di Timur apabila setiap hari, mereka berkonfrontasi dengan polis negeri.

"Pihak parti politik sentiasa terlibat dalam hubungan peribadi. Masalah perkahwinan, penceraian, ketagihan alkohol, kesalahan kecil kanak-kanak dan semuanya dibincangkan dalam mesyuarat politik," ujar Wolle dalam artikel yang diterbitkan sebuah akhbar.

Bagi penduduk di Barat, ramai di antara mereka memilih untuk melupakan sejarah lampau Jerman Timur kerana mereka tidak lagi peduli tentangnya. - AFP

Tuesday, November 4, 2008

rahsia diri melalui darah


DARAH O

~Individu yang memiliki darah ini dikategorikan sebagai individu yang setia dan sentiasa yakin terhadap kebolehan diri dan keupayaannya.
~individu jenis ini bersifat ingin menjadi ketua dalam apa jua perkara terutama dalam kerja berkumpulan...
~oleh itu kamu perlulah bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai tekanan

DARAH A

~keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.
~gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja kumpulan dan berpersatuan
~kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling kamu dan ternyata mereka sangat menyenangi kamu terutama semasa bekerjasama dengan kamu.
~sikap sensitif dan sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu melambangkan kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
~kamu ini degil dan kuat bekerja sehingga mengendahkan waktu berehat..kamu perlu la menjaga kesihatan kamu..


DARAH B

~sempoi! itulah ungkapan sesuai untuk kamu.
~lebih selesa dengan kesederhanaan
~dalam perhubungan kamu adalah individu yang jujur dan suka berterus terang dalam apa jua perkara
~dalam tugasan yang diberikan kamu selesa menyelesaikan mengikut cara kamu sendiri
~kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, kamu mampu meletakkan diri kamu dalam apa jua situasi da dalam keompok apa pun
~kamu adalah individu yang bijak bersosial namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak memerlukan bantuan orang mampu mendatangkan masalah kepada kamu sendiri serta memperlihatkan kelemahan kamu
~kamu harus ingat semua perkara tidak semestinya dapat oleh diuruskan kamu seorang tanpa bantuan orang lain.

DARAH AB

~tenang dan bijak mengawal emosi adalah jelas terpancar pada individu yang memiliki darah jenis ini
~kamu sentiasa menghormati orang lain dan menjadikan individu yg berada di sekeliling kamu senang berdamapingan dengan kamu
~kammu juga memiliki sifat humor yang semula jadi dan kamu bersifat ceria serta menghiburkan
~ada sesuatu yang kamu perlu ubah dalam diri kamu, iaitu kamu kenalah belajar untuk berani dalam membuat keputusan kamu sendiri. jangan harapkan orang lain membuat keputusan untuk kamu.

Wajibkah Pakai Telekung?


“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”

“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.

Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang
lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!

Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.

Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Menghias Hati Dengan Menangis



“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.



Menyedari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain

Siapa pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi. Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersadar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung

Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain. Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan.

Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt. Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”

Menyadari bahwa syurga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit

Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahwa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita kedalam syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk syurga,” begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahawa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk syurga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.

Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan hal nyawa. Lagi-lagi, semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih syurga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-baqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih

Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.

“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)

Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus, dan selamanya. Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan.

“Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat:

Saturday, November 1, 2008

sebelum selepas puasa dan raya

with ainey.............
waktu ni la lepas berbuka...kat mcD..jumpa fatin, kalut, faizi dan tawfik masa solat kat masjid.dyorg ingat ak kuar dgn bf..ape barang..ini dy buktinye..bf la gt..ape kezzn time ptg tu jumpe kak dayah..katanya kuar dgn kak nisa..uhuuhu.
gmbo ni wt wan jeles..sebab x join sama huuhuhuh
minah dua org yang sempoi sangat...baju raya dah campak ke mana...baru raya ke-3
posing ala-ala gediks jer..
untuk tatapan semua..gambo candid

malam puasa...merewang....

every night, every day..don't forget say "lailahailaallah"



pada suatu malam..tgh bosan2 dengar la lagu kat ikim.fm..ttbe ak terdengar lirik lagu "every night, every day..don't forget say "lailahailaallah"'...so simple but menyusup dihatiku..mmg betul...kite kena ingat selalu zikir walau kite berada di mana2..dengan itu..kite akn rasa aman, tenteram..ak nak sggt tau sape yg mnyayi lagu tu....

banyak lagi..ayat2 yang bermula dengan "lailahailaallah"..cthnya..ayat kursi dan doa nabi yunus..dan banyak la lagi..tak terucap lagii.....

kebelakangan ini, ak suka baca tentang kisah2 yang boleh kita makin dekat dengan ALLAH...more religious la...kadang2 dengan citer2 camtu..baru lah kiter tersedar, disedarkan..hidup kite xlama..bila lagi kita nak semai dan tanam kebaikan dan pahala kalu bukan sekarang...jadi..fikir2kanlah dan renung2 lah..


junaco sibu sarawak...my PLKN..fresh in my mind

ala-ala model konon...cewahhhh
ternak kuda...ternak crocs pun ader...tasik crocs ..see croc makan kambing..uhuhu dasat..bayangkan diri kite lak..
jadi org iban..but im still searching..mana gambo ak masa pakai baju tradisional iban...so berat nak pakai besi2 yg bersilirat...gelang2 yang beso....mujurrr telinga x labuh...uhuhh.. kenangan manis..bersama dak2 kompeni lain...darel, nina, poh siong, fatin, shima, suy, anna, cgu8,and mulan*-i 4get her name..sorry... dalam semak n lalang...time ni nak balik umah..menghitung hari fly naik belon duk atas bukit...penat nak naik...JUNACO PARK is the largest PLKN in Malaysia tarian iban sambut kiteorg ...di rumah panjang...nama berita nuan???? dari kiri: fatin, za, its me, nadya(twin sista),shima with pengacau2 yang sedia maklum..sapawi dan rudy and...i 4get his name* time2 last2 kami so closed..im missed it so much........junaco i'll come there with dak2 my kompeni..im charlie kompeni....i still remember ketua kompeni is hisyam..assistant is siew ping..sieew ping minat kat hisyam ek...uhuh..cian dy...



kenangan kite bersama kat junaco ..ak tak kan lupe sampai bile2..setiap sebulan mesti ak demam...demam nak balik semenanjung..tp waktu nak balik..sedey sangat....nak tinggal junaco...kenangan ku ........................takkan ku lupekan.....detik paling manis dan indah

hati ku retak seribu...how could u ma frend..T_T




nama samaran* lyssa*..semua org kenal..tp area dak pekan taw la..lebih2 dak SMKDMM...
ak sgt terasa dgn sikap ko..knp la ko buat ak macam ni..ko anggap ak kawan lagi ker...ak blh bersabar lyssa ko wwat ak gini..tak sangka ko berubah begitu mndadak sekali..sampai ak tak kenal ko dah sekarang...knp??ko tak ingt janji kite masa ko nak masuk sini..uhuhu..susah sama susah senang sama senang..ko dah lupe ker??ak sedey laaa...knp cam ni..dulu kite x gini pun...ko da masalah ko bagi la tw..nape diam..bile tnye..kite kan dekat..tak de la jauh cam dlu..ko kat melaka ak kat ktn..cuba kng balik..kawan-kawa kite yg 10 org tu..ape dah jadi kisahnya...ak rindu kan kenangan kite ramai-ramai..ko msti ingt kan..ak taw ko sokmo lupe..pe yg ingt ntah..smpat lagi ak kutuk..hah padan muka ko..ko wat ak geram bangat..janji2 dan2 ko break ur promise..ap ni kawan..ak sabau je...selama..ak sakit pun wat xtau..sedangkan dekat..ape ni..ak xleh
terima..uuhu..geram ..geram...geram...

1 je ak nak pesan plz jgn la ko wat pasal n cari pasal gn org lain lagi..ak tak nak ko jadi makin teruk..banyak masalah nak pikir kan..uhuh..bagi ak kawan tu mstilah jjur dan sanggup berkorban juga..ade give and take...tapi skrg dah susah nak cari kawan yg sebetul-betul..kite dah kawan berthn2 dari sekolah menengah lagi....ai need ur xplaination...
jangan sekali terlintas macam-mcm kat llubuk hati ak..ak akan buat..jgn sampai thp cmtu..ak pun xsuka..tapi ko phm la perangai ak macam mana kan...dan ak mengamuk...mmg ko tak knl ak time tu...ak pun endiri xkenal diri ak waktu tu..skrg ak cube meredakannya dengan cara yang berhikmah

ape2 masalah kite citer..tp sekarang jumpe biorpun dekat.payah sangat ko nak dtg sini...ak jemput n nak spend masa dgn ko pun xleh..aini juga ko cari..dah la dy jauh..shah alam tu..ak mmg xpuas hati...cuba la cite..ak edia nak faham..ak x suka wat perangai ini..sakit hati kat is lom habis..ak dah manyampah bangat kat dy...tu sorang lagi makluk tak sedar diri..dasar sepang kederang* ayat ni la ak selalu guna...sepang kederang tu air akar kayu yang sangat pahit*
manusia2..mmg macam2 ragam...tak faham laaaaaaaaaaa........
kenapa ak je yang salah..ak ker yang bersalah atau suka beralah...

ak mmg hargai dan dambakan persahabatan yang suci dan ikhlas...tapi sebaliknya ak dapat..ak jadi tak percaya dengan apa yang ak alami..mungkin ini akan sedikit mematangkan ak untuk lebih bersedia mental fizikal..dan belajar untuk berubah dan bergntung pada diri sendiri..walupun ak xkuat hadapinya seorang.....YA ALLAH BAGILAH AK SEDIKIT KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI HARI-HARI MENDATANG..JANGAN KO PIKULKAN BEBAN YANG BERAT YANG AK TAK MAMPU PIKUL....setiap hri ak berdoa untuk memudahkan perjalannanku dan urusan....hanya itu yang ak mampu ....dan hanya itu yang ak tahu....

sampai bila ini akan selesai.....tiada penamatnye....