Wednesday, February 23, 2011

doaku

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda besar
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa a.s.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada azan tak di jawab
3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

[sunting] Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”

Zina bermaharajalela[perlu petikan]
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu petikan]
Bermaharajalela alat muzik[perlu petikan]
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

Menghias masjid dan membanggakannya[perlu petikan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu petikan]
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu petikan]
Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu petikan]
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu petikan]
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu petikan]
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu petikan]
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

Bulan sabit kelihatan besar[perlu petikan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu petikan]
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu petikan]
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu petikan]
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-

Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-

Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

[perlu petikan]

Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

[perlu petikan]

Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

[perlu petikan]

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

[perlu petikan]

Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

[perlu petikan]

Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Wednesday, February 9, 2011

Masa

Masa itu emas…jika tidak digunakan sebaiknya masa akan memotong mu…
Itu lah ungkapan yg sering kite dgr dan baca..
Aku ni mmg sorg yang sgt hargai masa..sebab sekarang terasa masa sangt bergerak laju dan tak menunggu kita..tp ak heran knp masih ada yg lembab..tembe (dialek ubai merujuk kepada lambt cam siput), dan xpandai guna masa sbaiknya..masih ada yang suka melambat2kn masa..ak cukup rimas kalu ada spesis org camni kat dunia..ak rasa sepatutnye diorg amik la pengurusan masa...baru terbuka sket mata tu..sng2 nk abiskan masa sesuka hati buat perkara tak berfaedah…kalu banyak masa sangt sila la bagi kat aku.ak tahu nk handle camnne..tlg la korunk jgn la main2 gn masa.stiap saat sangt berharga..bile terlepas masa itu takkan dapat diputar kembali..nasihat ak lagi kat sume yang mmbaca blog ak tlg la kamu tepati masa yang kamu janji./…jgn buat org lain tertunggu kamu..malu lah kamu kalu takdapt tepati masa..jadilah mcm org jpun yang sangt sensitive dgn masa..macam kt jepun…sesaat seminit tu pun akan dikira..nak naik train pun ikut masa..masa naik train yang dipanggill bullet tu..masa ditetapkan kalu 35 minit..maka 35 minit la akan sampai ke tmpat dituju.xde smpai 34 or 36 minit..tak de istilah terawl atau terlambat.sumenye tepat 35 minit..sila la amik perhatian.

Ni nak bagi tips kpd ssiapa yang nk jaga masa..sila la set jam awl dalam 20 minit awl atau 10 minit awal ke supaya boleh get ready tnpa buat org tertunggu..biar kite awl sampai..lama2 kelamaan mereka pun akan cenderung lakukan perkara yang sama….ilmu pasal pengurusan masa ini bukan lah dikatakan ilmu kalu kita tak sebarkan kepada org ramai tentang kepentingan masa…ilmu itu dianggap berguna bila ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain..tugas kite senang sahaja..menyedarkan mereka ttg kepentingan masa…
Di sini shaja la…nk cakap pasal masa..sape2 ad cite yang best ttg masa jgn segan2 kongsi dgn saya dan pembaca lain..wasslm..n selamat la ketiduran..

Friend vs kawan



Bila sebut jer pasal kawan @ friend semuanya best..tp cite aku pasal kawan2 semuanye tak berapa best berbanding org lain.aku kadang2 tak paham dengan peel kawan2 aku..ak rasa diri ini mcm susah nk berkawan dengan org..tp sebenarnya aku ni peramah je..kenal byk orang juga tp tak pernah pun kekal jadi kawan baik..knp? itu menjadi persoalan bagi aku sendiri.

If today is my happy day, my friends will come to me

If today is my sad day then my friends will leave me all alone

Itulah ungkapan yang aku boleh umpamakan kawan kepada aku..knp aku tetibe sensitive kebelakangan ini…aku pun tak tahu kenapa..apa sudah jadi…

Cerita yang biasanya aku dgr mesti kebanykan pasal konflik dgn kawan2..itu lumrah..terasa, terhiris, dendam, sakit hati dan merajuk, cemburu..setengah2 tu ada sampai berebut kawan…pelik2…yes dunia semakin kompleks nak aku paham atau aku sendiri yang malas nk paham..

Kdg2 ak mmg fed up jadi nak berkawan..susah nk cari kawan yang betul2 setia..susah bersama senang pun bersama..makin banyak aku kenal org yang bernama kawan aku jadi tak kenal sape lah kawan aku sebenarnya..sikap2 mrka susah nk kawal..aku susah nak tunjukkan kesedihan aku depan kawan2..sebab aku tak suka mereka terbeban dengan masalah aku..tp aku pulak yang kadang2 terbeban dengan masalah diorang..ak memedam rasa selama ini..sebolehnya aku jaga perasaan kawan sampai aku yang menderita diorg tak perasan…

Terasa aku sangat lah susah dan hina depan kawan2 aku..shingga aku jadi tak percaya pada insan yang bergelar kawan..aku dengar banyak sangat org cite pasal kawan sejati la best friend la.tp bagi aku, aku tak pernah ada kawan sjati o best friend..semuanya bagi aku sekejap ada sekejap takde..macam chipsmore gitu…

Aku terasa dengan kawan2 ak..hanya aku je kena phm diorg tp diorg xpernah nk paham aku..sampai thap camtu ak rasa….tp ak cuba lawan hati aku yang sakit ni..sabar dan terus bersabar..ada ustaz yang kata dan melalui pembacaan aku..org yng sabar banyak ganjarannya..dan org yang sabar adalah orang yng kuat..ada 2 peringkat bersabar iaitu org yang bersabar menelan kemarahan dan menelan musibah dengan kesabaran..itu lah yang memberikan aku motvasi supaya terus bersabar…aku mohon kpada Allah supaya aku diberikan kekuatan dan kesabaran dan moga aku berada dalam kalangan org yang bersabar dan tahu bersyukur..aminnnnn 7x..

Aku sendiri tak tahu apa masalah aku sampai camni kawan2 ak buat aku..cube la korunk cakap apa la kekurangan ak..adakah sebab aku tak berkemampuan,tak de harta nk senangkan korunk…ak paling tak suka kawan yang suka ambik kesempatan dengan apa yang aku ada..

Susah betul nk cari kawan yang boleh terima kite seadanya…boleh terima kekurangan yang kita ada..sukarnya….bertuahnya kalu dapat kawan yang macam tu..kepada pembaca blog ni sape yang ad kawan yang punye baik dan boleh tolong korunk time korunk susah then boleh accept kekurangan korunk..mmg ak respect la..hargai la kawan yang macam tu..

Yang ak paling tak leh terima kalu just nk kawan nk tumpang senang..nk ambik kesempatan..pstu memilih kawan tu kaya ke miskin,…kalu kawan tu kaya cepat je nk berkawan n sanggup buat ap saje tp bile kawan tu miskin abis nya dibuli…geramnye aku kawan yang macam ni…..bile dah susah baru cari kite…bile dah senang lupe sape kite..fine la …jgn kucar kacirkan hidup kite gn kawan yang macam ni…delete je dlm list friend..lupekan dia..anggp la kite tak pernah kenal pun dia…myb itu adalah mimpi buruk n ngeri yang pernah kita alami..huhu

Bagi aku, aku lagi seronok gn org yang baru kite kenal..lagi baik dari kawan yang dah lama kite kenal…so ak mmg suka buat kawan sape2 nk berkenalan..kenalan baru dialu2kan..moga boleh jadi kawan baik di dunia dan akhirat..pesanan aku pada korunk semua..pilih la kawan yang boleh buat kite sedar diri bukan yang makin hanyut @ kacang lupekan kulit…moga kite temui sahabat sejati yang boleh sama2 susah dan senang…aminnn…moga Allah menemuikan aku pada sahabat yang terbaik di dunia dan akhirat yang aku dambakan…