Tuesday, April 16, 2013

quote hari ini

kadang kala kita sering  hidup dalam kesenangan . Sehingga kita alpa akan kesusahan. Kadang kala kita terbiasa dengan kehidupan kita sehingga  kita alupa hidup ini hanya sementara. Tatkala kita telah lemas dalam nafas dunia. Apabila perjalanan ini hanya membawa dusta. Kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah menjadi hamba. Kerna itulah kita hamba yang lemah bergelar manusia. Setiap langkah yang diambil, kita amat kerna setiap detik kita bernafas anugerah Ilahi. Dan dalam ketidaksempurnaan yang kita hadapi kita masih sempurna kerana kita masih berfungsi

Thursday, April 11, 2013

kata-kata hikmah

Minimis non cural tes ( hukuman tak mempersoalkan perkara remeh)

Shakespears 
" Jangan menyasarkan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas sehingga anda sendiri hangus kerananya"

Jangan membazir waktu memikirkan orang yang tak kira senangi.

Bila anda tak dapat menjadi jalan besar.Jadilah permatang, bila anda tak dapat menjadi matahari, jadilah bintang bukan kesannya yang mengukur anda kalah atau menang tetapi yang penting jadilah wajar dan matang

Life is too short to wake up in the morning with regrets. So love the people who treat you right, forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it.

Yang paling penting dalam hidup ini bukanlah menikmati apa yang telah anda capai. Orang yang dungu pun boleh buat sedemikian. Yang benar-benar penting ialah bagaimana ambil keuntungan daripada kerugian atau kemalangan yang menimpa diri sendiri

AMALKAN BERDOA SETIAP HARI

DOA-DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI SELEPAS  SOLAT DAN SEBELUM TIDUR.

Tadahlah tangan memohon hajat dan limpah kurnia dariNya.

" Ya Allah kau hiasilah kami dengan kebijaksanaan para Malaikat, kefahaman para rasul dan hafazan para nabi, permudahkanlah urusan kami selancar tusukan jarum. Perkenankanlah ilmuMu pada kami agar ilmu yang difahami seperti cepatnya air diserap tanah, Kebalkan diri kami dari fikiran buruk dan cerca seperti kebalnya daun keladi terhadap air."

"Ya Allah cukupilah aku atas apa yang kau khuatirkan, lindungilah aku dari apa yang aku takuti, jagalah diriku dan agamaku, lindungilah aku dalam perjalananku, berilah perlindungan bagi keluarga dan hartaku berkatilah apa yang telah engkau anugerahkan padaku, hinakanlah aku dalam pandangan diriku, muliakanlah aku dalam pandangan orang lain. Selamatkan aku dari kejahatan jin dan manusia, jangan engkau permalukan aku kerana dosa-dosaku. Janganlah engkau hinakan aku dengan aibku. Janganlah engkau mengujiku  dengan amal dan perbuatanku. Janganlah engkau  mencabut berbagai kenikmatan yang engkau berikan kepadaku. Janganlah engkau serahkan urusan diriku pada selain Mu." Amin

DOA INGAT DENGAN MUDAH
"Ya Allah sesungguhnya  aku memohon kepada Engkau akan ilmu yang berfaedah dan aku memohon perlindungan dari Engkau daripada ilmu yang tidak berfaedah."

DOA WAKTU MENUJU DEWAN EXAM
"Wahai Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaran ku cahaya. Jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di pihak belakangku cahaya di pihak hadapanku cahaya dan jadikanlah di pihak atasku cahaya  dan di pihak bawahku cahaya, wahai Allah kurniakanlah kepadaku cahaya"

Allahummainni rashi wa' aizni min shahri nafsi Rabbi zidni ilman
"Ya Allah ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan. Lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku. Tuhanku tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman.


Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaa wati wal ardha hanifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna solaati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil' aalamiin. La syarikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin
"Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi dengan keadaan suci lagi berserah diri dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku bagi Allah, tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan dan aku adalah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang berserah diri.


4 perkara yang menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3.kerap mandi
4. pakaian daripada kapas

tips untuk elak mengantuk juga pastikan sebelum tidur atau selepas bangun dari tidur GOSOKLAH GIGI


dan jangan lupa amalkan solat tahajud setiap malam itu adalah resepi kejayaan