Tuesday, August 3, 2010

HPA-Herba Penawar Al-Wahida



PENGENALAN

PRODUK HPA

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Pengenalan Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba. 2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad


PRODUK HPA

HPA - Stoma-K (Herba Pelangsing)

Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-

1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.

2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.
Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7

KLIK SINI UTK KETERANGAN KEAHLIAN

Garlic Oil Softgel

Garlic Oil Softgel

Khasiat dan Kelebihan:

sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.
menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
membantu menghambat proses penuaan.
Menghambat pertumbuhan sel kanser.
dengan mengamalkan bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangkan.
bawang putih yang diamal secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
bawang putih dapat membantu meredakan stress dan kemurungan.
bawang putih mengandung vitamin A, B, C, kalsium, potasium.
bawang putih mengandungi antioksidan, karoten dan selenium.
Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.

Harga
RM 37.00
SPIRULINA HPA
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
* KLIK SINI UTK KETERANGAN LANJUT

Herba Curcumin

Herba Curcumin

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba Curcumin

Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci Rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan, ketumbuhan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:

1. Alzheimer’s disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.

Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:

berat badan dibawah 50kg - 2 biji, 3x sehari
berat badan antara 50kg - 90 kg - 3 biji, 3x sehari
lebih daripada itu/perawatan - 5 biji, 3x sehari
InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kelebihan Curcumin

Masalah dihati akan kelihatan di mata . Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning. Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi. Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu. Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

Harga
RM 28.00

Herba D Campuca

Khasiat:

Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
Mengatasi masalah asma/athma.

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba D Campuca

Produk Kampucha.
Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA. Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung. Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.

Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari. Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini. Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA.

selamat mencuba.

Herba D Campuca

Khasiat:

Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
Mengatasi masalah asma/athma.

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba D Campuca

Produk Kampucha.
Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA. Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung. Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.

Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari. Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini. Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA.

selamat mencuba.

Herba Jawi (Misai Kucing)

Kandungan herba utama: Herba Misai Kucing

Kepentingan:
Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), rawatan gout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 17.00
Sabah & Sarawak:RM22.00

Nilai Mata: 7

No comments: