Saturday, September 25, 2010

keegoanmu keegoanku

EGO..
Setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan sesekali mengeluh kerana ia akan menghilangkan kekuatan dan buangkanlah ego kerana ia adalah beban.
Beralih daripada perkara keburukkan kepada kebaikan merupakan satu perjuangan yang sukar tetapi didalamnya terdapat satu kelegaan dan kepuasan
Janganlah kita persiakan usia dengan dendam,
hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam
muka. Sebaliknya penuhkan harimu dengan perkara
yang bermanfaat. Percayalah, aura senyuman mampu
meruntuhkan egomu.

Jika kita sedar tentang kesalahan sendiri,
Akuilah ia dan belajar dari kesilapan itu
Usah sesekali menunding jari kearah orang
Lain sebaliknya lihatlah sedalam-dalamnya
pada diri sendiri dan galilah akarnya….

No comments: