Wednesday, April 27, 2011

thinkerich

Penasihat kewangan selalu pesan, biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. …

Bagi saya ianya nasihat yang amat sesuai untuk mereka yang sedang hadapi masalah kewangan dan baru mahu keluar daripada kepompong hidup miskin…

Ini kerana kebanyakan orang hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan! Sebab nak jadi kaya tapi tak ada ILMU, jadi ramailah orang yang TERPAKSA hidup kelihtaan ‘kaya’ tetapi miskin dari segi nilai kewangan yang sebenarnya….

Sebenarnya berhutang tak menjadi masalah jika kita ada ILMU yang BETUL dalam kewangan. Orang kaya menjadi kaya sebab berhutang! Bagi yang melihat hutang sebagai beban, maka itulah yang mereka DAPAT…!

Oleh kerana tiada ILMU, mereka nampak hutang hanya sebagai jalan mudah untuk selesaikan hutang, atau dengan kata lain gali lubang tutup lubang…dan gunakannya untuk membeli sesuatu yang “Kelihatan KAYA”, tapi nampaknya mereka terpaksa hidup merana :( kerana sangat susah nak jelaskan paymentnya…

No comments: